Tuesday, October 18, 2011

Hmm...semput.. Part 2

Assalamualaikum..

Hye semua..apa khabar..? sihat? 
Seperti biasa Cik Ice akan menghilang 2,3 hari..baru nak masuk hutan niyh balik..kaos smiley #4759
Jangan marah ye kengkawan..Niyh Cik Ice nak bagitahu Cik Ice ke mana..

***Ada sape kisah ker..kalau Cik Ice x masuk hutan niyh..kaos smiley #4782***

Ok..masa hari Sabtu haritu, Cik Ice balik ke rumah ibu saudara sebelah ayah di Batu Arang..

***Tahu ke kat mana..??***

Tak tahu tak apa..Google Maps ngan Google Earth ada..taip je nama tempat confirm jumpa..Cik Ice ke sini sebab nak belajar memandu dan ambik lesen..Senang sikit sebab bapa saudara yang jadi ejen..Rupanya tempat niyh sedang mengadakan Karnival 100 Tahun Batu Arang. Maknanya tempat niyh dah tertubuh selama 100 tahun. Kalau dah nama pun karnival..mestila adanya pentas tempat buat persembahan, gerai2 menjual, pertandingan dan sebagainya..

Cik Ice pergi tengok je..tak terlibat dengan apa2 pertandingan/persembahan..Ada 2 pertandingan yang menarik perhatian Cik Ice iaitu pertandingan pecahkan belanga dan panjat tiang licin.



Pertandingan pecahkan belanga & panjat tiang licin
Nampak kan dia punya tiang ngan belanga yang digantung?


Pecahkan belanga merupakan permainan kaum India.Belanga diisi dengan air bewarna (Cik Ice tak tahu air apa..) kemudiannya digantung. Pemain ditutup mata dan di beri sebatang kayu untuk memecahkan belanga  tersebut. Yang menariknya pemain akan ditutup matanya, dipusing 2,3 kali barulah dibenarkan berjalan ke arah tempat belanga digantung. Ntah apa la teknik yang betul kalau nak main benda niyh..nampak macam senang tapi ramai pemain yang gagal pecahkan belanga tersebut. Ikut nasib agaknya..kaos smiley #4793

Panjat tiang licin. Ini lagi satu permainan yang dari pandangan nampak senang. Tapi..mak aiihh..susah gilerr. Pemain dikehendaki memanjat tiang yang telah dilumur dengan cat minyak (kalau tak silap Cik Ice) untuk mencapai bendera yang berada di puncak. Ini bukan permainan berseorangan ye tapi berkumpulan. Permainan niyh memerlukan semangat kerjasama yang tinggi..sebabnya ahli kedua kena memanjat ahli pertama untuk ke atas, kemudian ahli ketiga akan memanjat ahli pertama dan kedua untuk ke atas dan seterusnya sampaila ahli yang terakhir berjaya sampai ke puncak dan mencapai bendera. Emm..Cik Ice ada rakam video permainan niyh tapi tak dapat nak upload..Jadi sesape yang x dapat bayangkan macam mana permainan panjat tiang licin niyh..errr korang tengok kat youtube je la ye..lebih kurang je la..

Lepas tu, hari Ahad tu pula, Cik Ice pergi mendaftar untuk ambik lesen (tak tahu apa istilah yang betul..kaos smiley #4774) Bila bapa saudara yang kerja kat situ, maka x payah susah2 nak beratur..
boleh potong queue terus.. kaos smiley #4765kihkihkih.. maka masuk la kelas selama 6 jam.. Al-kisah kelas pagi sampai tengah hari, semangat la kan, dengan pengajarnya yang kelakar..tak mengantuk langsung. Masuk je petang, mata dah mula layu dengan pengajar yang teramat rajin menguji minda (suka tanya soalan berkaitan kemahiran berfikir)..adoyaii..nasib baik tak tido..kaos smiley #4781huh..
Saya budak baru belajar~~


Hari isnin Cik Ice x kemana..tapi memandangkan Cik Ice tinggal di rumah saudara.. 
Makanya kena la tolong pape yang patut..ye dak..?? hehehekaos smiley #4787


Ok semua..sekian bebelan panjang lebar..kaos smiley #4796


p/s: Pic ditangkap dengan kamera tak canggih ditambah pulak dengan photographer x bertauliah..maka "Gambar hanya sekadar dilihat..bukan direnung..!" *kaos smiley #4801Ngee~~*





4 orang yg mengarut:

afzalsukasuki said... [Reply to comment]

macam seronok je kan kalau join aktiviti2 cenggini :)

Cik Ice said... [Reply to comment]

@ afzal: memang seronok sangat..!

zareliqa afiqa said... [Reply to comment]

Macam seronok lar game pecahkan belanga tu.weee^^

Cik Ice said... [Reply to comment]

@zareliqa: memang best pun..nak masuk try tapi x sempat..game dah tamat..huhu

 

Cik Ice's Forest Copyright © 2011