Sunday, October 2, 2011

Superb story..!!

Assalamualaikum..

Hye korang...semalam Cik Ice sibuk berjalan n tengok wayang sampai x ingat nak update blog..Tapi jalan pun x jalan ke mana sangat..habiskan masa nonton wayang sampai 2 cerita sekali..huh Cik Ice pergi dengan kawan2 Cik Ice..Memula tu "bergaduh" jugak..sebab masing2 nak tengok cerita lain2.. Last2 kitorang pilih 3 cerita dan cabut undi..ha baru adil kan..Cerita yang paling banyak dapat undi..cerita tu lah yang kami tengok.. Nak taw cerita pe..???..Teruskan membaca..

Ok..untuk first cerita kitorang tengok The Sorcerer And The White Snake..Best sangat cerita niyh..kaos smiley #4778






Cast: Jet Li, Eva Huang, Raymond Lam, Charlene Choi

Cerita ni mengenai Sami Fahai (Jet Li) dan anak muridnya Nen Reng yang bertugas membanteras kejahatan syaitan. White Snake dan Green Snake merupakan antara syaitan dan tinggal aman di sebuah kawasan gunung. 

Suatu hari sedang White Snake (Eva Huang) dan Green Snake (Charlene Choi) bersiar-siar, mereka ternampak sekumpulan lelaki sedang mengutip herba di kawasan gunung tersebut. White Snake telah tertarik salah seorang pemetik herba yang bernama Xu Xian (Raymond Lam). Green Snake yang nakal telah mengenakan Xu Xian sehingga menyebabkan Xu Xian terjatuh ke dalam tasik dan hampir lemas. Maka White Snake telah pergi menyelamatkan Xu Xian serta tanpa sengaja telah mengalirkan intipati badannya ke dalam tubuh Xu Xian. Xu Xian tersedar dan jatuh hati dengan White Snake yang menyelamatkannya.

Selepas itu White Snake nekad memburu cinta sejatinya dan mengajak Green Snake masuk ke dunia manusia untuk mencari Xu Xian. Mereka berjumpa, bercinta dan berkahwin. Manakala Green Snake telah berkenalan dengan Nen Reng. Suatu masa Syaitan Rubah telah menyerang dunia manusia. Xu Xian berusaha mencari penawar untuk mengubati mangsa syaitan Rubah. White Snake yang dikenali sebagai Susu kasihan akan Xu Xian yang x putus asa mencari penawar. Dia telah memasukkan intipati badannya ke dalam ubat yang direbus Xu Xian bagi tujuan memujarabkan.

Penawar mujarab Xu Xian menjadi terkenal dan ini menarik perhatian Sami Fahai. Hal ini telah membawa kepada pertemuan Sami Fahai dengan White Snake. Atas kepercayaan bahawa manusia tidak boleh hidup bersama hantu, maka terjadilah pertarungan antara Sami Fahai dengan White Snake dan akhirnya membawa kepada perpisahan White Snake dan Xu Xian..

***Cik Ice x pandai bercerita sangat...kalau nak lebih terang jelas dan nyata tentang cerita niyh..sila lah ke panggung wayang berdekatan anda ye..***
 
Cerita yang ke2 kitorang tengok ialah cerita Johnny English Reborn..Cerita niyh Cik Ice xnak komen pape..Yang Cik Ice boley konklusikan ialah ceria niyh tersangat kelakar..Korang pergi lah luangkan masa tengok n sape2 yang nak hilangkan stress sangat sesuai menonton cerita niyh..okay?!


Cast: Rowan Atkinson, Rosamund Pike, Dominic West

p/s: Sekarang mood menonton cerita jer.. kaos smiley #4805

3 orang yg mengarut:

Edy Zaidi said... [Reply to comment]

sinopsis tu copy paste ke buat sendiri??ayat macam skema je..:p

Cik Ice said... [Reply to comment]

@Edy Zaidi
Skema ler..dah siap tulis dah x pandai bercerita..huhu

eintan nurfuzie said... [Reply to comment]

BLUM LAGI SEMPAT TENGOK WAYANG..HUHUHU

 

Cik Ice's Forest Copyright © 2011