Tuesday, December 27, 2011

Fuhh..nasib baik ada!

Assalamulaikum.

Fuhh! *Sapu dahi dengan belakang tangan* Lega rasa tengok header ada balik. Cik Ice ni dah la jarang2 masuk blog. Asal masuk je, header hilang, asal datang menjengah header takde. Nak kata chipsmore kejap ada kejap takde bukan biskut pun. Header ni main nyorok2 ke? Nak kena panggil dengan bau maggi macam iklan tv3 tu ke baru nak ada? Ke nak kena tukar header baru? Eh..nak tukar header baru yang konon2 sempena tahun baru? Hmm..sayang la pula dengan header ni. Jadi, Cik Ice pun checking2 la tengok apa masalah nya. 

Check punya check, rupanya site tempat Cik Ice upload header ni ada problem. *sigh*
Sabar je la. Nak pula minggu lepas baru format laptop. Adoii. Ingatkan takde dah backup, nasib baik, korek2, gali2 laptop ni jumpa la balik header tu. Apa lagi, terus tampal pakai gam bapak gajah supaya dia tak lari kemana-mana dah. Hahaha *Gelak jahat*

Ok. sekadar nak mengomong kosong. Wasalam.


Mood: Suka suki nak menaip.


Tahun baru, azam baru, cerita baru *fullstop*

Assalamulaikum.

Hari ni 27/12/2011. Lagi 4 hari nak masuk tahun baru. Kalau dulu zaman kanak2 ribena yang bersekolah, mesti dah bershopping beli pakaian dan kelengkapan sekolah yang baru. From head to toe, semuanya nak baru. Tapi dah besar ni, dan tak lagi bersekolah takde lah nak beli benda camtu. Kalau beli jugak, buang tabiat namanya tu.

Ok. Nak masuk tahun baru ni, perkara yang takkan dilupa ialah azam. Setiap kali tahun baru, azam pun baru. Tak gitu? Tak juga. Ikut orang la kan. Ada yang berazam nak sesuatu tahun ni, bila tak dapat, sambung azam tu ke tahun depan. Ada yang tak dapat penuhi azam tahun ni, tahun depan buat azam  baru lagi. Ikut suka lah ye. Cik Ice punya azam, tarikh luputnya bila Cik Ice berjaya mencapainya. Ikut masing2 punya cara. Lain orang lain caranya.


Ada lagi satu perkara yang takkan dilupa oleh sesetengah orang iaitu buku diari. Dah masuk tahun baru, mestilah kena tukar diari baru kan. Takkan nak pakai yang lama, sebab diari memang terhad untuk satu2 tahun je. Walaupun dah ada cara lain untuk mencatat perkara2 yang berlaku setiap hari, tapi menulis diari tetap menjadi hobi dan cara hidup sesetengah orang. Melalui diari lah,diluahkan rasa, diceritakan pelbagai peristiwa, semua ni untuk..err Cik Ice tak tahulah untuk apa. Sebab Cik Ice bukannya orang yang suka menulis diari. Bukan kata nak suka, memang tak pernah pun. Pernah nak cuba menulis, yelah terpengaruh dengan kawan2 kan, last2 jadi buku resepi. Dah lepas mana dah diari tu sekarang. *Berfikir sejenak*

Pape pun, tahun baru ni bakal membawa 1001 kisah baru lagi pada setiap orang. Namun jangan risau, Dia tetap bersama kita. Cuma kita je yang kadang2 melupakan Dia. Ok. Wasalam.




p/s: Jangan lupa pula tarikh dalam tahun Islam ye..*senyum*


Friday, December 9, 2011

It's Unbearable!!!


Assalamualaikum.

Amboi hai..baru hari ni nak menapak balik ke sini. Dah bersemak samun, berdaun lalang semua, ular pun dah mula membuat tempat penginapan. Tapi takpe. Ni kan memang hutan. Jadi semua binatang2 dan yang sewaktu dengannya dipersilakan datang.  Ngee~~ ayat melalut dah keluar.


Argh…!!! Rasa nak menjerit tapi dalam hati je la. Jerit kat luar karang melanggar hak ketenteraman awam pulak selain bakal dicop sebagai orang gila. Hmm..terasa nak bagitahu betapa bosannya  Cik Ice kat rumah. Bosan tahap harimau gigit kuku niyh. Bangun pagi buat tahi gigi, malam buat tahi mata. 


Dah lebih 2 bulan Cik Ice duduk saja rumah sedara niyh. Tak kerja pun, walau dulu rancang nak kerja bila cuti, nak buat part time cari duit untuk belanja sendiri, nampak gayanya semua memang takkan jadi. Nak pula nenek sebelah ayah Cik Ice datang duduk rumah sedara ni jugak. Dia sakit, maka secara tak lansung  Cik Ice la yang tolong tengokkan nenek disambil menjaga ubatnya bila dorang keluar bekerja. 


Lesen. Hmm..lesen L dah lama dapat. Tapi kelas memandu tak masuk2 lagi. Pakcik kata minggu depan start. Ok. Angguk je. Cakap banyak karang tak pasal kena membebel sebab  menjawab. Lagipun untuk kebaikan jugak. Biar lambat asalkan selamat. Biar lambat bila test sekali je dah lulus. *Hope so*


Tapi…minggu lepas, Jumaat dapat keluar.  Tu pun pergi rumah sewa dulu je sebab nak pergi kolej nak isi borang berhenti. Dah alang-alang keluar, pergi la jalan sekejap . Jalan ke?  Jalan la kot pergi MPH, TS ngan Low Yat. Al-kisah pergi tempat2 ni semua nak cari barang yang dapat menghilangkan bosan bila balik ke rumah sedara semula. 


MPH. Mula nak pergi ngan kawan. Tapi tak jadi. Pergi la sendiri. MPH kat dalam JJ Taman Maluri je. Masuk2 terus ke bahagian komik. Hajat hati nak beli komik. Bila difikirkan balik, komik nak borong berapa banyak? Dah baca sekejap je. Tak boleh jadi ni. Cari novel je la. Konon nak beli 2 je. Last2 beli sampai 3. Semua novel Hlovate. Memang best! *Thumbs Up*


TS merangkap Times Square kat Hang Tuah. Jalan2 teman kawan je. Tengok barang hanya mampu gigit jari. No money no shopping! Huh.. Pastu terus ke Low Yat. Kat sini benda yang dicari ialah mouse dan DVD-R. Mouse yang ada dah rosak. Main game punya pasal. Nak pulak game tembak2. Tekan mouse sampai tak hingat dunia. HAHA. Dan DVD-R mesti la untuk burn cerita yang di download.  Psst..semua cerita tu tak tengok2 lagi pun.. *Wink* 


Ok..that’s the end of the story.

p/s:  Menaip dengan sisa2 bosan. 



 

Cik Ice's Forest Copyright © 2011