Monday, October 29, 2012

Malas..!!

Assalamualaikum.

Hai..lama benar dah tak masuk sini..
"Rindu Cik Ice tak??" (✿◠‿◠)
Haha..baca ayat ni je macam nak cop tapak kasut kat muka je kan..??
Sape lah Cik Ice untuk dirindui..hmm (Ayat pasrah semacam je..uwekk muntah hijau la korang baca)


Dah 6 hari balik kg bersempena cuti Raya Aidildha..sambung dengan cuti midsem seminggu.. Best duduk rumah..memang kerja tidur makan tengok tv..main laptop. Assignment yg berlonggok bawak balik sekali pun x buat2 lagi..sedangkan nak kena anta balik je drpd cuti nanti..Malas gilerr rasa..Macam mana nak buat niyh..huhu..? Memang lumrah student kalau balik cuti..nak duduk sesaje je kan?? Betul x..?? Ke Cik Ice je yang macam niyh.. (Dasar pemalas..huh!) 

"Xpe..cuti ada lagi.." 
Hah..niyh la ayat membunuh..xpe xpe xpe..44 kali xpe..terus x jalan kerja. Last2 buat last minute..orang kata apa..nak terberak baru nak korek lubang kan..(Ok..ayat x senonoh..) Tapi ayat niyh la yang nenek mak makcik jiran sebelah rumah selalu pakai ditujukan khas untuk orang yang selalu buat kerja last minute. Buat kerja last minute niyh..ada dua je..samaada berjaya ataupun x. sesape yang buat kerja cepat n pandai..InsyaAllah mudah la kot bg dia untuk siapkan dengan jayanya. Kepada sape yang buat kerja lambat n susah nak fokus..alamat x siapla kerja tu kan. silap hb x dapat hantar package ngan kena tolak markah sebab hantar lambat. (Cik Ice ada pengalaman niyh..huhu (-''-)) Rugi taw..

Jadi kawan2 semua..kalau nak mengelakkan diri dari buat kerja last minute..mulakan langkah pertama tu cepat2..kalau dah mula senang je nak terus siapkan. Sebab tu orang kata langkah pertama itu penting. Jangan tangguh2 kerja..biar susah dulu senang kemudian xpe..OK! ^‿^    " Nak pergi BW la..dah lama x BW.. " (*^ -^*)BYE!




Tuesday, June 26, 2012

Final dah datang!!!

Assalamualaikum.

Hye semua yang sudi menjejaki blog hijau penuh semak samun niyh..semoga anda sihat dan ceria-ceria selalu.. ≧'◡'≦ 
"Ok ayat dah macam dialog dj pepagi kat radio. Nge~~≧◠◡◠≦ "

Dah lama rasa tak menjengah dan bertapa di sini. Alasan?? Old fashion punya excuse yg Cik Ice boley bagi...BUZY.. Buzy sangat ke sampai memulaukan blog?? Owh..tidak!! Cik Ice bukan nak memulaukan blog..cuma blog is not my priority..
HMM ...

Ramai orang yang meletakkan blog sebagai 1st place untuk meluah dan mencurahkan rasa bila ada sesuatu yang mengganggu diri, hati dan perasaan. Ada jugak yang menjadikan blog sebagai tempat untuk berkongsi pelbagai pengalaman dan pengetahuan. Tak kurang jugak yang menjadikan blog sebagai tempat berkarya. Tapi untuk Cik Ice?? Apa tujuan Cik Ice buat blog niyh?? Ok jawapan jujur ---> terpengaruh dengan kawan-kawan..(─‿‿─) brrr...
Sudahnya..macam ni lah jadi..datang dan pergi sesuka hati tanpa meninggalkan entry untuk  santapan tetamu yang berkunjung ke sini. Tapi...ye ke yang datang menyinggah tu rajin sangat nak membaca??? Haha. Suka hati korang lah. Yang nak baca, baca lah. Boleh menambahkan tahap pengetahuan dalam merapu meraban. Yang tak nak baca..sila menaip komen di ruangan di sediakan. Kalau yang tak nak membaca dan menaip tu, sila shutdown pc anda sekarang!
WAHAHA...

 OK..stop! Tak nak taip banyak2. Cik Ice nak pergi study. Jumaat niyh dah start 1st paper final. Wish me good luck! Bye!


WITH LOVE : CIK ICE
 



Thursday, April 12, 2012

Once again a student!


Assalamualaikum.

Hai..lama benar dah tak masuk sini..
"Rindu Cik Ice tak??" (✿◠‿◠) Haha..baca ayat ni je macam nak cop tapak kasut kat muka je kan..??
Sape lah Cik Ice untuk dirindui..hmm (Ayat tak bley blah..bila baca rasa nak muntah.. :P)

Ok..lama tak masuk..sebab Cik Ice dah kembali memegang jawatan sebagai student sepenuh masa. I got what i want. Yess. Cik Ice dapat sambung study dalam bidang Netsentrik kat Uitm Merbuk, Kedah. Arghh! Tension sebenarnya dapat sini. (-'_'-) Sebab dari awal ingatkan dapat Shah Alam. Hmm. Tapi tak apa lah. Awal-awal je rasa macam tu. Dah masuk sebulan ni. Best jugak. Jumpa kawan baru yang sporting, kelakar tak kurang jugak yang suka 'pangkah' orang. Adoii. Tak tertanggung rasanya. Asyik jadi mangsa je. Tapi ni lah lumrah berkawan kan. Kejap terasa, kejap baik pula. Pape pun memang tak dinafikan perkara macam ni lah yang merapatkan hubungan persahabatan.>‿‿◕  Dannn…rindu jugak ngan kawan2 lama.. (_)

 Sekarang..dah mula buzy dengan assignment, projek. Tapi boleh dikatakan semua kerja dalam kumpulan. Jadi tak lah rasa terbeban sangat. Malah terasa enjoy..je study. Ha..ok lah dah malas nak taip. (Datang je penyakit yang satu ni (MALAS)..tergendala semua benda.. nge~~) Orait..jaa mata. Heh..dah amik Jepun ni kenalah praktis..ye dak?? Hihi.. Don’t forget to wish me luck k. Love You All.

p/s: Dah macam tulis surat jer :P



Saturday, January 7, 2012

Ular oh Ular

Assalamualaikum.

Ini hari Cik Ice nak cerita pasal ular.  Kisahnya bermula pada suatu hari, Cik Ice balik daripada kelas memandu, naik kereta dengan seorang yang boleh dipanggil makcik sebagai pemandunya. Dalam kereta tu juga ada lagi 3 orang geng kelas memandu. Cik Ice duduk belakang. Tengah makcik tu memandu dengan gaya mengejar masa, tetiba, melintas la seekor ular. Ular apa, spesies apa, nama saintifik dia apa, semua di luar pengetahuan Cik Ice. Dah nampak ular tu...

"Orang tua2 kata, kalau nampak ular melintas, maknanya ada janji yang tak tertunai. " Kata makcik pemandu memecah kesunyian ketika masing2 sibuk melayan perasaan.

"Erk.." Tertelan air liur Cik Ice dibuatnya. Memang betul pun Cik Ice ada berjanji sesuatu dengan orang. Tapi rahsia. *wink*

"Kalau dulu saya nampak, saya asyik fikir, dengan siapa la saya berjanji, janji apa saya buat?" Sambung makcik pemandu lagi.

Ok. Maknanya di sini, secara kebetulan la dalam masa Cik Ice tengah berjanji, tetiba ternampak ular melintas.

"Ha..orang dulu2 cakap, kalau nampak ular waktu senja kena tanya, dia tu betul ular ke  bukan. Betul ke..?" Tanya la pulak budak skema yang duduk di sebelah pemandu.

"Eh..betul. Ada jiran rumah lama saya dulu pernah cerita. Ada sekali ular nak masuk rumah dia, time tu memang senja. Dia cakap dengan ular tu, kalau kau memang ular, jangan ganggu pergi keluar. Tetiba ular tu hilang macam tu je. Tak tahu pergi mana."

Hal ni pernah Cik Ice dengar.  Nak kata betul, mungkin ya la kan sebab waktu senja tu memang waktu syaitan dan iblis berkeliaran. Nak kata tak betul..ish..tak pernah kena, jadinya tak tahu cerita sebenar. Lepas tu boleh la pula si budak skema tu cakap,

 "Faham ek dia ngan bahasa kita. Kalau cakap bahasa lain, english ke, arab ke, dia faham jugak ke..?"

Ha'a kan. Cik Ice pun baru terfikir.  Kita yang Melayu mestilah cakap BM, kalau orang India ke Cina ke takkan diorang nak cakap BM? Yang duduk Malaysia kot la boleh cakap BM, yang luar negara? Emm..hebat kuasa Tuhan kan?

Sambung balik hal tadi, yang menjawab persoalan si budak skema ialah makcik pemandu tu jugak. Nampaknya dia adalah seorang yang banyak pengalaman dalam hal ni. Yang lain cuma mendengar je termasuklah Cik Ice lebih suka pasang telinga dari gunakan  mulut.

"Eh..dia faham bahasa, cuma yang dia tak pandai.. menulis je."

Ya tak ya jugak. *Terfikir lagi*

"Sebab tu la orang kata, bila kita mimpi buruk ke apa, jangan bagitahu orang dengan cara bercakap. Nanti dia lagi mempercepatkan benda buruk tu berlaku ke atas kita." Tambah makcik pemandu lagi.

Eh jap2..bukan semua yang kita mimpi tu adalah petanda kepada kita ok. Kadangkala mimpi  yang kita alami hanyalah permainan dalam tidur kita aje. Jadi kita kena pandai la tengok keadaan mimpi kita tu. Dan orang kata, mimpi yang bakal jadi realiti selalunya bila kita mimpi pada pukul 2,3 pagi sampai kita terjaga atau mimpi yang sama kita mimpi berulang kali, tak pun bila kita mimpi time terjaga kita lupa apa yang kita mimpi tu. Ha. Yang last ni Cik Ice pernah kena. Tapi rahsia la. Cuma yang Cik Ice boleh bagi tahu, awalnya Cik Ice lupa mimpi tu, tapi bila kejadian tu dah berlaku betul2 secara realiti, baru lah Cik Ice teringat balik yang Cik Ice pernah mimpi benda tu. *Menarik nafas panjang dan lepas perlahan2*

Emm..daripada cerita ular masuk ke cerita mimpi. Sebenarnya ada lagi yang disembangkan tentang ular tu, tapi dah panjang sangat dah ni. Karang berjela2 pun bukannya orang nak baca sangat ye tak? Ayat pun tunggang langgang nak termuntah je baca kan? Pape pun mimpi kita tu seeloknya tak payah la beriya sangat nak diceritakan pada orang lain. Jadikannya sebagai panduan supaya kita lebih berhati2 dan berjaga2. Oh ya, satu persoalan di sini, pernah tak korang terfikir, mimpi kita alami tak pernah ada permulaan dan pengakhiran kan?

"Ceq tumpang lalu na..ssss"


 

Cik Ice's Forest Copyright © 2011