Saturday, January 7, 2012

Ular oh Ular

Assalamualaikum.

Ini hari Cik Ice nak cerita pasal ular.  Kisahnya bermula pada suatu hari, Cik Ice balik daripada kelas memandu, naik kereta dengan seorang yang boleh dipanggil makcik sebagai pemandunya. Dalam kereta tu juga ada lagi 3 orang geng kelas memandu. Cik Ice duduk belakang. Tengah makcik tu memandu dengan gaya mengejar masa, tetiba, melintas la seekor ular. Ular apa, spesies apa, nama saintifik dia apa, semua di luar pengetahuan Cik Ice. Dah nampak ular tu...

"Orang tua2 kata, kalau nampak ular melintas, maknanya ada janji yang tak tertunai. " Kata makcik pemandu memecah kesunyian ketika masing2 sibuk melayan perasaan.

"Erk.." Tertelan air liur Cik Ice dibuatnya. Memang betul pun Cik Ice ada berjanji sesuatu dengan orang. Tapi rahsia. *wink*

"Kalau dulu saya nampak, saya asyik fikir, dengan siapa la saya berjanji, janji apa saya buat?" Sambung makcik pemandu lagi.

Ok. Maknanya di sini, secara kebetulan la dalam masa Cik Ice tengah berjanji, tetiba ternampak ular melintas.

"Ha..orang dulu2 cakap, kalau nampak ular waktu senja kena tanya, dia tu betul ular ke  bukan. Betul ke..?" Tanya la pulak budak skema yang duduk di sebelah pemandu.

"Eh..betul. Ada jiran rumah lama saya dulu pernah cerita. Ada sekali ular nak masuk rumah dia, time tu memang senja. Dia cakap dengan ular tu, kalau kau memang ular, jangan ganggu pergi keluar. Tetiba ular tu hilang macam tu je. Tak tahu pergi mana."

Hal ni pernah Cik Ice dengar.  Nak kata betul, mungkin ya la kan sebab waktu senja tu memang waktu syaitan dan iblis berkeliaran. Nak kata tak betul..ish..tak pernah kena, jadinya tak tahu cerita sebenar. Lepas tu boleh la pula si budak skema tu cakap,

 "Faham ek dia ngan bahasa kita. Kalau cakap bahasa lain, english ke, arab ke, dia faham jugak ke..?"

Ha'a kan. Cik Ice pun baru terfikir.  Kita yang Melayu mestilah cakap BM, kalau orang India ke Cina ke takkan diorang nak cakap BM? Yang duduk Malaysia kot la boleh cakap BM, yang luar negara? Emm..hebat kuasa Tuhan kan?

Sambung balik hal tadi, yang menjawab persoalan si budak skema ialah makcik pemandu tu jugak. Nampaknya dia adalah seorang yang banyak pengalaman dalam hal ni. Yang lain cuma mendengar je termasuklah Cik Ice lebih suka pasang telinga dari gunakan  mulut.

"Eh..dia faham bahasa, cuma yang dia tak pandai.. menulis je."

Ya tak ya jugak. *Terfikir lagi*

"Sebab tu la orang kata, bila kita mimpi buruk ke apa, jangan bagitahu orang dengan cara bercakap. Nanti dia lagi mempercepatkan benda buruk tu berlaku ke atas kita." Tambah makcik pemandu lagi.

Eh jap2..bukan semua yang kita mimpi tu adalah petanda kepada kita ok. Kadangkala mimpi  yang kita alami hanyalah permainan dalam tidur kita aje. Jadi kita kena pandai la tengok keadaan mimpi kita tu. Dan orang kata, mimpi yang bakal jadi realiti selalunya bila kita mimpi pada pukul 2,3 pagi sampai kita terjaga atau mimpi yang sama kita mimpi berulang kali, tak pun bila kita mimpi time terjaga kita lupa apa yang kita mimpi tu. Ha. Yang last ni Cik Ice pernah kena. Tapi rahsia la. Cuma yang Cik Ice boleh bagi tahu, awalnya Cik Ice lupa mimpi tu, tapi bila kejadian tu dah berlaku betul2 secara realiti, baru lah Cik Ice teringat balik yang Cik Ice pernah mimpi benda tu. *Menarik nafas panjang dan lepas perlahan2*

Emm..daripada cerita ular masuk ke cerita mimpi. Sebenarnya ada lagi yang disembangkan tentang ular tu, tapi dah panjang sangat dah ni. Karang berjela2 pun bukannya orang nak baca sangat ye tak? Ayat pun tunggang langgang nak termuntah je baca kan? Pape pun mimpi kita tu seeloknya tak payah la beriya sangat nak diceritakan pada orang lain. Jadikannya sebagai panduan supaya kita lebih berhati2 dan berjaga2. Oh ya, satu persoalan di sini, pernah tak korang terfikir, mimpi kita alami tak pernah ada permulaan dan pengakhiran kan?

"Ceq tumpang lalu na..ssss"


3 orang yg mengarut:

NasZ said... [Reply to comment]

baru tahu sebenarnya. tapi pasal mimpi ni, saya selalu bila mimpi, bangun tido je terus lupa. huhu.

from,

Nasz

Mohd Naser.com

shedameor said... [Reply to comment]

kalau mimpi kena patuk ular maknanya ade orang nak meminang kann ? haha

A retarded kitty said... [Reply to comment]

aku tidur tade mimpi

kesian kan?

 

Cik Ice's Forest Copyright © 2011