Tuesday, October 25, 2011

Sesat jalan cari posmen..

Assalamualaikum.

Ohoi..orang kampung..dah makan..?
Makan apa?
Kat mana?

***Huh..tanya soalan mengarut lak..***

Entry lepas Cik Ice dah bagitahu yang Cik Ice kena hafal jalan kan..
Ada yang komen "Perempuan memang macam tu.."HEHE..kaos smiley #4759
Memang diakui kebanyakan perempuan sukar nak ingat jalan, ada kereta tahu pakai
tak tahu nak buat apa kalau rosak walau hanya pada benda basic aje..
Tapi nanti bila Cik Ice dah ada kereta, kalau rosak Cik Ice cari abang Khairul boley..??? (Gurau je ekk..)kaos smiley #4756fufufu..

Beberapa hari lepas, abang sepupu Cik Ice hantarkan Cik Ice ke KTM Sungai Buloh..
Sebabnya Cik Ice nak balik ke rumah sewa jap..nak angkut barang ke rumah saudara..
First time Cik Ice pergi ke rumah saudara naik LRT + KTM..selama niyh kalau nak pergi
ke rumah saudara, dorang yang akan ambilkan..tapi kali niyh kena pergi sendiri. 
Nasib baik la kawan baik Cik Ice nak balik kampung, Cik Ice pergi sekali dengan dia la..
Naik KTM dari Bandar Tasik Selatan ke Kuang. Dari situ bapa saudara yang ambil kan.
Tapi masa nak balik ke rumah sewa, abang sepupu yang hantarkan ke KTM,
dia tanya Cik Ice,
"Mana jalan ke KTM Kuang..?"
 Adoiii...Cik Ice hanya mampu geleng kepala tanda tak tahu je la..
 "Macam mana ni..nanti nak bawak kereta tak ingat jalan..blablabla.."
 Dush..dah kena dah..dia membebel kat situ juga..
 Abang sepupu Cik Ice tu tak tahu jalan ke KTM Kuang..
makanya dia hantar ke KTM Sungai  Buloh je la..
Tapi takpe..satu line je..jadi Cik Ice takde la risau sangat walaupun tak pernah sampai ke situ.

Dalam perjalanan, abang sepupu Cik Ice tu sempat pesan..,
"Kalau sesat..nak senang cari posmen, gerenti dia boleh bagi jalan.."
Owh..tak terfikir lak selama niyh..sesat cari posmen..tapi sesat kat tempat tertentu la..
Kalau sesat dalam hutan, nak cari posmen mana kan..
Sekurang2nya boley pakai juga la idea tak berapa bernas niyh..HIHIHIkaos smiley #4774

Okay..sekian laporan karutan untuk hari ini.. kaos smiley #4795

Nak cari posmen, cari kat sini ye..


Monday, October 24, 2011

Selalu hafal nama kereta..sekarang kena hafal jalan pulak..

Assalamualaikum

Hye..sihat?
Dah makan?
Tengah buat apa?

***Ciss macam mesej pulak..***


Korang suka kereta? Cik Ice dulu x suka kereta pun.
Bukan tak suka apa..cuma tak pernah nak ambil kisah langsung pasal kereta.
Yang Cik Ice tahu, nanti bila dah kerja dah banyak duit nak beli kereta besar.
Baru nampak gah bila perempuan yang bawak..eceicei..kaos smiley #4774

Tapi sejak suatu hari yang hening di mana, kawan Cik Ice mengajak lepak di balkoni,
Cik Ice pun mengikut sahaja kehendaknya..asal ada kereta yang lalu, mesti
dia mengajukan soalan.."Kereta apakah itu..?"
Alamak, Cik Ice dah tergagap sedu, tak tahu nak jawab..
Memang tak dapat nak kenal langsung kalau tak tengok logo kereta tu..
Walau hari2 nampak tapi Cik Ice jenis tak ingat langsung kalau tak menghafal..
Bila Cik Ice start praktikal, hari2 pergi balik tunggu bas RapidKL tepi jalan..
Hari2 lah nampak kereta yang lalu lalang..
Secara tak langsung, menghafal lah Cik Ice bila dah hari2 tengok..
Jadinya sekarang memang dah giler kereta, asal ada kereta lalu,
dalam hati dah start teka kereta apa..
Bila nampak kereta yang tak pernah tengok, terus cuba hafal dan ingat bentuk,
jenis kereta semua lah..

Tetapi..sekarang niyh lain pulak..
Memandangkan Cik Ice nak ambil lesen memandu, makanya kena hafal jalan pulak..
Haii..Cik Ice niyh memang jenis tak ingat jalan..
Kalau keluar dengan kawan2, memang Cik Ice akan mengikut je la..
Dorang bawa ke mana pun, jalan nya dari mana ke mana semua Cik Ice tak peduli..
Percaya punya pasal dengan kawan..
Masalah timbul bila nak pergi sendiri..adoii..kena la belajar mencari panduan untuk mengingat jalan..
Nak pula Cik Ice jenis yang cepat gelabah..salah jalan sikit dah mula panik..kaos smiley #4779
tak tahu nak buat apa..
Emm..maknanya sekarang nak kena ubah dari hafal jenis kereta, hafal jalan pulak..
Ok..sekian laporan skema untuk hari niyh..kaos smiley #4805 ngee~~
Agak2 mahal tak kereta macam niyh??


Wednesday, October 19, 2011

Tuesday, October 18, 2011

Hmm...semput.. Part 2

Assalamualaikum..

Hye semua..apa khabar..? sihat? 
Seperti biasa Cik Ice akan menghilang 2,3 hari..baru nak masuk hutan niyh balik..kaos smiley #4759
Jangan marah ye kengkawan..Niyh Cik Ice nak bagitahu Cik Ice ke mana..

***Ada sape kisah ker..kalau Cik Ice x masuk hutan niyh..kaos smiley #4782***

Ok..masa hari Sabtu haritu, Cik Ice balik ke rumah ibu saudara sebelah ayah di Batu Arang..

***Tahu ke kat mana..??***

Tak tahu tak apa..Google Maps ngan Google Earth ada..taip je nama tempat confirm jumpa..Cik Ice ke sini sebab nak belajar memandu dan ambik lesen..Senang sikit sebab bapa saudara yang jadi ejen..Rupanya tempat niyh sedang mengadakan Karnival 100 Tahun Batu Arang. Maknanya tempat niyh dah tertubuh selama 100 tahun. Kalau dah nama pun karnival..mestila adanya pentas tempat buat persembahan, gerai2 menjual, pertandingan dan sebagainya..

Cik Ice pergi tengok je..tak terlibat dengan apa2 pertandingan/persembahan..Ada 2 pertandingan yang menarik perhatian Cik Ice iaitu pertandingan pecahkan belanga dan panjat tiang licin.



Pertandingan pecahkan belanga & panjat tiang licin
Nampak kan dia punya tiang ngan belanga yang digantung?


Pecahkan belanga merupakan permainan kaum India.Belanga diisi dengan air bewarna (Cik Ice tak tahu air apa..) kemudiannya digantung. Pemain ditutup mata dan di beri sebatang kayu untuk memecahkan belanga  tersebut. Yang menariknya pemain akan ditutup matanya, dipusing 2,3 kali barulah dibenarkan berjalan ke arah tempat belanga digantung. Ntah apa la teknik yang betul kalau nak main benda niyh..nampak macam senang tapi ramai pemain yang gagal pecahkan belanga tersebut. Ikut nasib agaknya..kaos smiley #4793

Panjat tiang licin. Ini lagi satu permainan yang dari pandangan nampak senang. Tapi..mak aiihh..susah gilerr. Pemain dikehendaki memanjat tiang yang telah dilumur dengan cat minyak (kalau tak silap Cik Ice) untuk mencapai bendera yang berada di puncak. Ini bukan permainan berseorangan ye tapi berkumpulan. Permainan niyh memerlukan semangat kerjasama yang tinggi..sebabnya ahli kedua kena memanjat ahli pertama untuk ke atas, kemudian ahli ketiga akan memanjat ahli pertama dan kedua untuk ke atas dan seterusnya sampaila ahli yang terakhir berjaya sampai ke puncak dan mencapai bendera. Emm..Cik Ice ada rakam video permainan niyh tapi tak dapat nak upload..Jadi sesape yang x dapat bayangkan macam mana permainan panjat tiang licin niyh..errr korang tengok kat youtube je la ye..lebih kurang je la..

Lepas tu, hari Ahad tu pula, Cik Ice pergi mendaftar untuk ambik lesen (tak tahu apa istilah yang betul..kaos smiley #4774) Bila bapa saudara yang kerja kat situ, maka x payah susah2 nak beratur..
boleh potong queue terus.. kaos smiley #4765kihkihkih.. maka masuk la kelas selama 6 jam.. Al-kisah kelas pagi sampai tengah hari, semangat la kan, dengan pengajarnya yang kelakar..tak mengantuk langsung. Masuk je petang, mata dah mula layu dengan pengajar yang teramat rajin menguji minda (suka tanya soalan berkaitan kemahiran berfikir)..adoyaii..nasib baik tak tido..kaos smiley #4781huh..
Saya budak baru belajar~~


Hari isnin Cik Ice x kemana..tapi memandangkan Cik Ice tinggal di rumah saudara.. 
Makanya kena la tolong pape yang patut..ye dak..?? hehehekaos smiley #4787


Ok semua..sekian bebelan panjang lebar..kaos smiley #4796


p/s: Pic ditangkap dengan kamera tak canggih ditambah pulak dengan photographer x bertauliah..maka "Gambar hanya sekadar dilihat..bukan direnung..!" *kaos smiley #4801Ngee~~*





Friday, October 14, 2011

Hmm..semput.

Assalamualaikum..


Hye semua..hmm..semput..kaos smiley #4756apa punya tajuk post la kan..
Sorry la Cik Ice asyik menghilang jer kan..
Nak buat macam mana x dapat nak elakkan..

***Apa benda la yang membuatkan Cik Ice niyh asyik menghilang je kan..***

Pertama, bukan Cik Ice sesaje malas nak datang sini dan berjalan2 ke tempat korang 
tapi masalahnya tauke maxis dah potong Cik Ice punya broadband la..atoii.. Nak kena bayar dulu la baru boley pakai..kalau x jangan harap..xde nye dia nak izinkan kita pakai free, walau kita buat muka seposen berlumut macam mana pun..kan..?! Lepas tu jenuh la nak mengorek tabung simpanan premium berbentuk pejabat pos Malaysia buat bayar bil..aish..Menggigil tahap parkinson nak keluarkan 1 1 duit yang ada..

***Ok..Cik Ice menipu tahap pendusta ..kaos smiley #4805sila abaikan ayat bergaris..***

Selain tu, Cik Ice pergi keluar berjalan2 dengan kawan2 Cik Ice iaitu Cik Mastura 
dan Cik Ekin..

 Ni la tempat kitorang pergi..

Dah tengok gambar kan..ce teka kat mana? kaos smiley #4766
Jepun la..x nampak tu tulis Tokyo Street..

***Ok..tipu lagi..topup broadband pun semput ada hati nak pergi oversea..kaos smiley #4759***

Tempat tu kat BB aka Bukit Bintang. Daki la escalator naik ke tingkat 6 Pavilion..
Ha..jumpa la..paling best singgah kat kedai Daiso Japan, huii..semua barang dalam
kedai tu semua berharga RM5..comel3 gitu. Masuk je rasa macam nak ragut je semua barang..tapi..ragutnya kena gak la hulur duit kat kaunter kan..baru lepas nak keluar..huhu
Memandangkan poket dah tinggal habuk jer..jadi niat tu terpaksa ditangguhkan.
Last, hanya mampu memandang dengan hati yang tidak keruan je la..
Ok..sekian sahaja laporan tidak bernama.. kaos smiley #4796

p/s: laporan dibuat ada kena mengena dengan yang hidup sahaja..

Tuesday, October 11, 2011

Terima kasih semua..

Assalamualaikum.

Hye semua..lambat sikit Cik Ice hari niyh..
Bukan baru bangun eh..tapi Cik Ice buat kerja lain dulu sebelum menapak ke sini..
Okay..hari niyh Cik Ice nak bagitahu semua yang Cik Ice punya follower dah sampai
100 lebih.. kaos smiley #4790 
Xde lah banyak, orang lain dah sampai beribu2 kan..
tapi terima kasih sangat2 kaos smiley #4783yang sudi follow, yang sudi datang dan yang sudi
memberi komen pada post2 Cik Ice. 

Cik Ice buat blog sejak bulan Julai hari tu. Ni semua gara2 asyik merayau dalam 
internet sambil membaca dan melepak2 kat blog orang. Dari situ timbul minat 
nak membuat blog. Tujuan mula2 nak berkongsi pengalaman pape yang 
Cik Ice lalui..tapi nampak macam Cik Ice banyak merapu kan..hehekaos smiley #4759
Tapi sebenarnya banyak nak cerita..cuma x pandai nak susun ayat + taip2 
pastu bertangguh2 nak post nya..Lama2 post yang keluar jadi merapu jer..hmm..
Pape pun terima kasih ye kepada yang sudi datang singgah dan baca.


Kepada follower Cik Ice yang ke-100 iaitu Naga Sarawak, maaf ye..
Cik Ice xde award nak bagi..hehe kaos smiley #4759jangan datang tuntut pulak..
Korang semua jom lah terjah blog Naga Sarawak niyh..
Kepada peminat + die hard fan kucing sangat la patut pergi ke blog niyh..
Banyak gilerr kucing dia..comel2 cute2, montel2..
Info tentang kucing pun banyak..jadi x rugi kalau singgah baca..
Pasti dapat menambahkan pengetahuan korang.. 
percayalah..bak lagu Siti Nurhaliza tu..
Hehe..okay jangan buang masa..Cik Ice pun nak berjalan2 sekarang..bye! kaos smiley #4802


Klik banner kat bawah untuk perjalanan anda ke blog Naga Sarawak..Ok?!




Monday, October 10, 2011

Peristiwa semalam..

Assalamualaikum.

Hye semua..2,3 hari niyh Cik Ice x melawat hutan niyh..bukan sebab sibuk ke apa..
Tapi sebab mood menonton cerita ngan melayan mv2 korea masih di tahap maxima lagi.. 
Pastu dengan nak mengemas barang2 nak pindah lagi..banyak kerja jugak..
Makanya..nak menapak ke sini pun x sempat..
Tapi hari niyh Cik Ice stop jap..dan datang ke sini..
saje nak bercerita dengan korang..kaos smiley #4793

Semalam 2 orang sekali kawan Cik Ice pindah (dah habis belajar..masing2 pun balik kampung).Salah seorang kawan Cik Ice niyh mintak tolong bawa kan beg2 
dia yang 2,3 tu ke Puduraya..Xpe sebab dia kata nak belanja..Cik Ice setuju jer.. 
(Opss..x ikhlas menolong nampak..kaos smiley #4759)

Pastu turun dari lrt Plaza Rakyat berjalan nak ke Puduraya, Cik Ice nampak ramai pulak la orang2 yang kutip sedekah. Ada yang bagi tisu bila orang sedekah, ada yang bagi kacang. Tapi yang x boley blah sangat2 tu..ada sorang tu tulis OKU tapi siap hisap rokok tu..
Amboi..rokok bukan makin naik harga ke? Senang2 jer kutip sedekah tapi beli rokok..
Kalau macam tu baik orang pun x payah sedekah dekat dia. Makin sedekah makin memudaratkan..huh..

*Okay xnak marah2 sangat..x baik untuk kesihatan..ngee~~*

Dan semalam sape yang tengok peristiwa niyh..


Cik Ice x tengok semalam. Rasa tersangat rugi.kaos smiley #4799 huhu..
Itu dinamakan Fenomena Lingkaran Bulan Halo.. 
Halo atau lingkaran halo adalah lingkaran putih atau berwarna atau lingkaran pelangi di sekitar benda angkasa (misalnya bulan atau matahari). Lingkaran halo timbul kerana pemantulan dan pembiasan sinar bulan dan matahari oleh titik wap air di udara. Bila lapisan atmosfera bersuhu tinggi, akan berbentuk titik-titik wap air yang halus, sehingga terjadi halo putih, bila atmosfera bersuhu rendah, titik-titik wap air yang terbentuk cukup besar sehingga akan terjadi halo berwarna atau halo berlingkaran pelangi. 
                                                                                       Fakta, definasi semua dari fb

p/s: Terasa nak berKAROK la pulak..ngee~~kaos smiley #4794
 

Tuesday, October 4, 2011

Hari ini tiba jugak..!!


Assalamualaikum..

Akhirnya hari yang dinanti-nantikan tiba jugak..Hari niyh last day Cik Ice praktikal..lepas niyh merdeka la sampai bulan 2..hahahah (Gelak jahat..)

*** Kenapa sampai bulan 2..?? ***

Okay..niyh Cik Ice nak bagitahu sesape student uitm la..Permohonan kemasukan ke Uitm sesi 2 akan dibuka bermula 15 Okt 2011 sehingga 16 November 2011.. 
Sila ingat ye tarikh niyh..

 X sabar nak sambung belajar.. Masa praktikal baru tahu..waktu belajar lagi best. Betul la kata kebanyakan orang kalau nak bebas pun waktu belajar la..dah kerja, komitmen kerja lagi besar. Pastu dah kena fikir bajet kewangan untuk sara hidup sendiri bantu mak ayah sara adik2 dan sebagainya..

Dah kerja mesti dah lepas tanggungjawab mak ayah kan..Ke ada lagi yang dah kerja tapi still minta mak ayah tanggung..??? Hmm..x mustahil ada..Tapi fikir2 lah ye pengorbanan mak ayah dari kita kecik sampai la sekarang..semua tu x terbalas oleh kita. Jadi sentiasa la ingat jasa mereka, gembira kan mereka dan hargai mereka selagi masih ada..dannn..banggakan mereka! Okay?! 

***Cik Ice nak pergi berHOORA HOORAY jap..***kaos smiley #4790

Sunday, October 2, 2011

Superb story..!!

Assalamualaikum..

Hye korang...semalam Cik Ice sibuk berjalan n tengok wayang sampai x ingat nak update blog..Tapi jalan pun x jalan ke mana sangat..habiskan masa nonton wayang sampai 2 cerita sekali..huh Cik Ice pergi dengan kawan2 Cik Ice..Memula tu "bergaduh" jugak..sebab masing2 nak tengok cerita lain2.. Last2 kitorang pilih 3 cerita dan cabut undi..ha baru adil kan..Cerita yang paling banyak dapat undi..cerita tu lah yang kami tengok.. Nak taw cerita pe..???..Teruskan membaca..

Ok..untuk first cerita kitorang tengok The Sorcerer And The White Snake..Best sangat cerita niyh..kaos smiley #4778






Cast: Jet Li, Eva Huang, Raymond Lam, Charlene Choi

Cerita ni mengenai Sami Fahai (Jet Li) dan anak muridnya Nen Reng yang bertugas membanteras kejahatan syaitan. White Snake dan Green Snake merupakan antara syaitan dan tinggal aman di sebuah kawasan gunung. 

Suatu hari sedang White Snake (Eva Huang) dan Green Snake (Charlene Choi) bersiar-siar, mereka ternampak sekumpulan lelaki sedang mengutip herba di kawasan gunung tersebut. White Snake telah tertarik salah seorang pemetik herba yang bernama Xu Xian (Raymond Lam). Green Snake yang nakal telah mengenakan Xu Xian sehingga menyebabkan Xu Xian terjatuh ke dalam tasik dan hampir lemas. Maka White Snake telah pergi menyelamatkan Xu Xian serta tanpa sengaja telah mengalirkan intipati badannya ke dalam tubuh Xu Xian. Xu Xian tersedar dan jatuh hati dengan White Snake yang menyelamatkannya.

Selepas itu White Snake nekad memburu cinta sejatinya dan mengajak Green Snake masuk ke dunia manusia untuk mencari Xu Xian. Mereka berjumpa, bercinta dan berkahwin. Manakala Green Snake telah berkenalan dengan Nen Reng. Suatu masa Syaitan Rubah telah menyerang dunia manusia. Xu Xian berusaha mencari penawar untuk mengubati mangsa syaitan Rubah. White Snake yang dikenali sebagai Susu kasihan akan Xu Xian yang x putus asa mencari penawar. Dia telah memasukkan intipati badannya ke dalam ubat yang direbus Xu Xian bagi tujuan memujarabkan.

Penawar mujarab Xu Xian menjadi terkenal dan ini menarik perhatian Sami Fahai. Hal ini telah membawa kepada pertemuan Sami Fahai dengan White Snake. Atas kepercayaan bahawa manusia tidak boleh hidup bersama hantu, maka terjadilah pertarungan antara Sami Fahai dengan White Snake dan akhirnya membawa kepada perpisahan White Snake dan Xu Xian..

***Cik Ice x pandai bercerita sangat...kalau nak lebih terang jelas dan nyata tentang cerita niyh..sila lah ke panggung wayang berdekatan anda ye..***
 
Cerita yang ke2 kitorang tengok ialah cerita Johnny English Reborn..Cerita niyh Cik Ice xnak komen pape..Yang Cik Ice boley konklusikan ialah ceria niyh tersangat kelakar..Korang pergi lah luangkan masa tengok n sape2 yang nak hilangkan stress sangat sesuai menonton cerita niyh..okay?!


Cast: Rowan Atkinson, Rosamund Pike, Dominic West

p/s: Sekarang mood menonton cerita jer.. kaos smiley #4805

 

Cik Ice's Forest Copyright © 2011