Monday, August 29, 2011

Satu kepuasan bila dapat balik kampung..!!

Assalamualaikum dan salam 29 Ramadhan..

Haii..dah seminggu lebih Cik Ice x update n3..bukan xde idea..tapi..terpaksa berkorban untuk menyiapkan kerja2 sebelum balik cuti raya niyh..tinggal lagi 1 hari lagi nak raya kan..
Mesti semua dah berada di kampung masing2..

Satu kepuasan bila dapat balik kampung..

Betul x..?? Maybe bukan semua orang kot..? Tapi bagi orang macam Cik Ice niyh..kerja (praktikal) + kampung jauh + susah nak mintak cuti sesaje..dapat balik camniyh..saaaangatt gembira++..memang puas segala2 bila dapat bersama dengan umi, ayah, adik2..wahhh..x dapat diluahkan dengan kata2 betapa bahagianya rasa..Kalau hari2 camniyh pun xpe..

Cik Ice balik 27hb..jalan x berapa nak jam..mungkin orang ramai balik hari Jumaat..terutama student..mana nak study dah kan kalau jasad je kat sini..tapi hati dah di kampung..sape yang drive mesti balik malam..jalan konfem x jam, boleh makan2 kalau lapar/mengantuk.. Ada sesape lalu Karak?? hehe..Mesti ada yang kena kerja hari ni kan..jadinya balik malam ni la ye..

Semalam pulak ayah Cik Ice dah start buat lemang..Awal kan..? *Saje buat awal..takut hujan katanya..Tapi memang hujan pun start dr petang sampai ke pagi niyh..Malam niyh dah raya..Sedih jugak kan..puasa dah nak habis..Tapi itulah kehidupan..masa berjalan..Tahun depan kita jumpa Ramadhan..kita puasa lagi InsyaAllah..


p/s: Nak duit raya boley..??? :10:


Saturday, August 20, 2011

Al kisah nak raya..

Assalamualaikum dan salam 20 Ramadhan..

Hari niyh dah Ramadhan ke 20..jadi maknanya lagi 9 hari kita nak beraya..
Macam mana persiapan raya korang..? Mesti semua dah bershopping sakan kan..
2,3 pasang baju dah tergantung elok kat almari tu kan..
Tempat2 shopping pun semua dah meriah dengan hiasan hari raya,
lampu, lagu semua cukup lengkap lah..
Kat rumah ibu2 mesti dah mula membikin kuih raya 
x pun ada yang tunggu betul2 malam raya beli kuih tunjuk2 je..
sebab waktu tu mesti kuih semua dilelong dgn harga yang tersangat murah..
Bagi semua yang berada di perantauan pastinya x sabar nak balik kampung..
Bagi sesiapa yang bekerja ni lah peluang untuk mintak cuti lebih kan.. 
Yang kerja kerajaan..dapat bonus setengah bulan gaji..best tu..
Tapi...
Bila nak raya niyh ada je lah berita
tentang budak2 cedera terkena mercun buatan sendiri..
Jumlah kemalangan pun meningkat..
Hmm..jadi berhati2 jaga diri, jangan main mercun, pandu cermat..
jiwa pun selamat..OK

 p/s: Bazar pun makin ramai orang..
 Ada yang beli barang siap berlist lagi..
 Mesti ahli keluarga dah balik kan..
 Cik Ice pun x sabar nak balik kampung..!!
Salam Aidilfitri untuk semua!!

Ni Cik Ice snap kat 1 kedai pakaian kat Sunway..
                                               

Friday, August 19, 2011

Orang lelaki camniyh apa ya personaliti diorang..?

Assalamualaikum dan salam 19 Ramadhan..

Pejam celik pejam celik..ha dah sampai pun kita ke 10 malam terakhir 
 dalam bulan Ramadhan..
 Semoga kita terus dapat melakukan ibadah dan mengumpul pahala
 dengan sebaik dan sebanyak mungkin..amin..
Hmm..hari niyh Cik Ice tetiba nak tahu tentang personaliti lelaki yang macam niyh..
 Yang macam niyh tu..yang macam mana ye..?

Beberapa hari lepas Cik Ice ke kedai buku kat atas..
 Makk aihh..tengok buku rambang mata..
 Banyak gilerr buku yang best2..
 Tapi Cik Ice x beli pun sebab sekarang xde rasa nak membaca..
 Cik Ice temankan kawan Cik Ice je..
 Cik Ice jalan2 tengok kiri kanan usha depan belakang sampaila
 kat bahagian novel..
 Cik Ice jenguk2 kat situ..nampak la 2,3 lelaki tengah membelek novel..
 Hari ni pulak Cik Ice nampak sorang lelaki tengah baca novel dalam train..
 Then dalam fikiran terus terdetik..lelaki yang baca novel niyh..
 macam perempuan jugak ke..??

 1- Suka berangan lepas baca novel..
 Konon nak kehidupan/kisah cinta macam dalam novel..

2- Nangis bila baca part sedih/terharu..

 3- Asyik nak ulang2 baca part best/romantik..

 4- Senyum/ketawa sorang2 sbb ada part lawak/kelakar..

 5- Berangan nak kekasih macam watak dalam novel..

 6- Promote kat orang "best gilerr novel niyh.." 
 (Ni Cik Ice selalu buat kat kawan yg sama minat la..kihkihkih )

P/s: Lelaki yang suka baca novel niyh suka novel jenis apa ye..???


Buat jahat..sekali kena da..

Assalamualaikum dan salam 19 Ramadhan..

 Cik Ice bukak2 fb..ternampak orang post benda niyh..
jadi Cik Ice saje nak kongsi ngan korang...

Sesape dah baca..baca lagi sekali..hehe


Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.

Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah.

Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mahsuri.

Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya, lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin.

Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam, Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah.

Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang seluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lengan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu.

Habis semua jalan ditempuh, sekejap ke kiri, sikejap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

“Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak?”tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar…

“Ada, ada dekat depan pintu tu ha, kenapa?” tanya Gayah kehairanan.

“Panggil dia!” herdik Budin dengan nada yang tinggi…

“Kenapa?” tanya Gayah lagi.

“Aku nak tanya dia, macam mana nak balik ke rumah..?
Aku sesat ni.. “
P/s: Okay kawan2..buat baik berpada-pada..buat jahat jangan sekali..walaupun dengan binatang..k

Err..ni bukan Tompok ye..


Wednesday, August 17, 2011

#4 Wordless Wednesday

Assalamualaikum dan Salam 17 Ramadhan

p/s: Jadikan ini sebagai sahabat dunia akhirat anda..

1 lagi peristiwa penting..


Assalamulaikum dan salam 17 Ramadhan..

Hye korang..bulan niyh banyak peristiwa penting yang berlaku kan..
Jadi Cik Ice nak berkongsi 1 lagi peristiwa penting 
dalam bulan niyh dan jatuh pada hari niyh..
iaitu….jeng jeng jeng
Korang tahu ke x niyh..ha sesape yang tinggal kat 
Selangor, Kelantan, Pahang, Perak, 
Pulau Pinang dan Terengganu niyh mesti  tahu kan..
Eh..ada yang x tahu ke? Kalau x tahu meh dok depan niyh..
Cik Ice nak bagi tahu..
Ok..first Cik Ice nak ucapkan Salam Nuzul Al-Quran..
 Itulah peristiwa yg Cik Ice nak bagitahu tadi tu..
 Hari niyh merupakan hari Nuzul Al-Quran..
 Hari di mana peristiwa turunnya ayat Al-Quran 
 yang pertama iaitu Surah Al-Alaq dan seterusnya berperingkat-peringkat
 sehingga lengkap menjadi sebuah Al-Quran.
Ayat ini diturunkan Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W 
melalui perantaraan Malaikat Jibril.
Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat
17 Ramadhan tahun ke 41
bersamaan 6 Ogos 610 M.
Ketika itu baginda Nabi Muhammad S.A.W sedang beribadat
 di Gua Hira'. 
Nuzul beerti turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Al-Quran merupakan mukjizat TERBESAR Nabi Muhammad S.A.W
makanya memberi makna terbesar kepada umat Islam.
Jadi highlightkan tarikh ini dalam kalendar hidup anda ye.. (^_-)
 p/s: Bacalah Al-Quran walaupun hanya satu ayat...
                                                Gambar ihsan google
Sumber fakta dr wikipedia

Tuesday, August 16, 2011

Setiap 1 sedutan, menelan 7 minit hidup anda...

Assalamualaikum dan Salam 16 Ramadhan..

Hye korang..semalam x sempat nak buat n3..Al maklum perempuan bekerjaya..
Ecece..perasan lagi..padahal baru praktikal..
Woit jangan memain taw..praktikal pun macam kerja juga la..
Ha..sekarang Cik Ice tengah dalam proses nak masukkan design dalam website..
Due date sebelum raya nak siap dalam 80%..
Mak aii..sempat ke niyh..??
Xpe usaha tangga kejayaan..kan *wink*
**Okay habis taip alasan kenapa x ada n3 semalam..**
wekk..org xnak tahu pown..
 Apa yang Cik Ice nak cerita ye hari niyh..hmm
Ce pikiaq sat..*Xmo pikiaq xpa..Cik Ice dah ada benda nak cerita tapi sesaje
nak korang garu kepala dulu..
Okay ini cerita antara hidup dan mati. Semenjak dua menjak niyh..
(Ni kalau x bulan puasa lagi ketara..)
 Cik Ice nampak ramai benor la orang yang hisap rokok. 
Apa ada dengan asap rokok ye..?
Aishh..Cik Ice tanya niyh jangan korang pergi try pula semata-mata nak tahu apa sedapnya asap rokok..
Al-maklum bulan posa semua benda teringin kan..
Ada orang teringin asap rokok ker? *Garu kepala sat..
Golongan yang hisap rokok niyh..dulu kebanyakan lelaki Me***u kan..tapi sekarang..
Huh..semua golongan dan peringkat umur ada..*Erk..kanak2 x termasuk ye..
Orang tua, Melayu, Cina, India..malahan perempuan pun dah berani hisap rokok
terang-terangan di tempat awam..Ish3..apa nak jadi la kan..
Sekarang bulan posa..jarang la orang hisap siang2..
Mana x nye kan hisap siang2 konfem2 la orang tahu dia x posa..
Jadinya bila hisap time bukak posa..sekali hisap..dekat sekotak..heii
Korang nak tahu x..sekali sedut asap rokok, 
sekali dengan 7 minit dari jangka hidup korang
akan ditelan..bayangkan dari sebatang rokok tu berapa sedutan dapat, 
darab dengan tujuh..
Itu baru sebatang..kalau sehari 1 kotak, kira berapa batang darab dengan 7 kali dengan dah berapa lama korang hisap..huishh..berapa kerat dah jangka hidup korang.. *Itu mengikut kajian ye..tapi hidup mati kita terserah kepadaNya.. Korang2 yang x hisap rokok tu makesure selalu elak dari menghidu/terhidu asap rokok, sebab anda sebagai perokok pasif, efeknya adalah 2 kali ganda
dari orang yang hisap rokok itu sendiri.. Alright..Cik Ice dah habis cerita..Selamat berpuasa untuk hari ke 16 kepada semua..bye!



FAKTA:

Jumlah perokok = 3.1 juta (akhir tahun lalu)
Setiap seorang daripada 2 lelaki dewasa berumur antara 25-60 tahun adalah perokok (Golongan niyh mewakili 2.9 juta daripada 3.1 juta perokok seluruh negara)
Jumlah perokok wanita = 174000 org
68000
35-44 tahun
45000
25-34 tahun
24000
45-54 tahun
37000
45-54 tahun
Dari segi pecahan etnik
Melayu
1.77 juta (50 % berumur 25-64 tahun)
Cina
435000 org (21.2% keseluruhan komuniti dewasa)
India
183000 org = 16.2%

                                                                                   Sumber fakta : harihari.wordpress.com

ihsan incik google lg..

Sunday, August 14, 2011

Masa Bersama..

Assalamualaikum dan Salam 14 Ramadhan..

Korang apo kabor hari niyh..?

Hari  Ahad yang indah niyh..korang x pergi memane ker..?

Ke masih membongkang lagi tu..ish3 x baik tidur lelama bulan posa niyh..

Kurang pahala tahu x..

Okay..pepagi Cik Ice mengadap laptop dan menelaah muka buku..

Cik Ice terjumpa 1..emm Cik Ice x tahu nak kategorikan sebagai apa..

Mungkin kisah lawak kot...

Tapi x perlulah..nak beratkan otak pikir pasal kategori dia okay..

Korang layankan aje....boley??

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.
Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti…
Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama….
Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen…
Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama…
Atuk (Boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh…
Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu…
Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..
Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.
Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.
Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..x larat nak taip pepanjang..baca dari atas balik..
p/s: Pening ke baca mende niyh..?
 Xpe..kalau pening ulang balik baca..hehehe


Friday, August 12, 2011

Sejarah penting..

Assalamualaikum dan salam 12 Ramadhan..
 
Hai semua..sekarang niyh bulan 8 kan..pada akhir bulan niyh akan berlaku
2 peristiwa penting iaitu..dot dot dot dot..
Ha..cuba kome isi “dot dot”  tu, nanti mike bagi ucapan free kat kome..(Baca ikut gaya usup wilcha ye..(^_-)
*Ucapan ikhlas dari hati yang suci murni niyh..(Ayat perasan..sila abaikan)


Korang kenal sape dalam gambar niyh..?
Korang x kenal..?
Ha..meh Cik Ice kenalkan…

Inilah Allahyarham Mohamed Hamzah..

X kenal lagi walaupun dah sebut nama..?
Ish3x…korang niyh cuba refresh balik otak tu..mesti de sedikit memori yang tersorok
di sebalik wayar2 kat dalam otak tu..waktu sekolah kan pernah belajar Sejarah..
Ini x ingat niyh mesti dalam kelas selalu tidur kan..
Pandang papan putih bagai nak rak..rupanya tengah tidur..huh
*Cik Ice ngaku, Cik Ice pun x suka ngan subjek Sejarah niyh..
Walaupun hakikatnya Sejarah amat penting sebagai panduan di masa depan..
Okay ingat balik ker..? Xpe la..biar Cik Ice bagitahu..

Beliau ni merupakan pencipta Jalur Gemilang 
yang dulunya dikenali
sebagai Bendera Malaysia..
Jalur Gemilang telah dicipta sejak tahun 1947 lagi..

Huii..ni zaman datuk nenek kita niyh..
Mak ayah pun belum lahir lg..

Walaupun dicipta pada tahun 1947, tetapi Jalur gemilang ini dinaikkan buat pertama kalinya
Pada 31 0gos 1957 di Stadium Merdeka dengan Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu mengulukan laungan merdeka sebanyak 7 kali..

Okay lah..tu je Cik Ice nak bagitahu..BYE!!

P/S: Sesape yang ada kenderaan sendiri tu jangan lupa 
pasang bendera Malaysia ye..
baru lah nampak semangat patriotisma tu ada..
kita pun menyambut hari kemerdekaan yang kali ke 54 dah..
Semoga negara kita akan sentiasa aman dan damai..amin..

 Merdeka! Merdeka! Merdeka!...
                                                                       
Gambar ihsan google
 

Thursday, August 11, 2011

Aduii..x tahan la hari2 macam niyh..

Assalamualaikum dan salam 11 Ramadhan..

 Hari niyh..Cik Ice xde nak citer panjang..
 Tapi Cik Ice nak citer sesuatu yang Cik Ice lalui tiap2 hari..
 Apa citer niyh..?
 Curious x nak tahu..?
 Haha..sebenarnye xde lah hal besar pun..
 Tapi bila dilalui tiap2 hari..mak aii..poning den..
 Ha..ini siapa yang naik bas ngan lrt tiap2 hari mesti tahu..kan2
 Cuba teka..
Ok fine..x ada hadiah xnak teka kan..?
 Xpe biar Cik Ice citer..^_^
 Pepagi naik bas ke lrt ke wahhh..macam2 bau ada..
Body shopAdidas, EnchanteurCalvin Klein, Gucci,
Breeze, Daia, Softlan, Downey, Clorox..aishhh macam2 la..
Nak ikut senarai 1 page pun x cukup..
Ha..itu time nak pergi kerja la..
Bila petang.....
Aduii...sesak nafas nak menahan bau..
Nak je jerit.."Woii..sape x mandi niyh..??!
Erk..memang semua orang x mandi lagi kan..dah x sampai rumah lagi..
Huhu..terpaksa la menahan bau yang x enak niyh..
Nak pulak kalau ba**la..yang naik sekali..huh..
memang x payah ukur tahap kebauan nye..
5 batu ke depan dah boley bau..
Sape x kuat semangat..sah2 boley pengsan..
Ok lah Cik Ice nak pesan..sentiasa la anda menjaga kebersihan dan kewangian diri anda..
supaya x menghalang orang lain dari menyedut udara yang bersih..
dan oksigen yang tidak tercemar..
ok..?!

 Manusia mandi hari-harian..
 Badan bersih disukai orang..
 Kucing suka jilat badan..
 Kutu tidak akan datang..
p/s: Lagu ambik dari citer Timang Tinggi-Tinggi..
Sape tengok tahu lah cmne nak nyanyi..
~Citer faveret Cik Ice waktu sekolah rendah..~




 

Wednesday, August 10, 2011

#3 Wordless Wednesday

Assalamualaikum..dan Salam 10 Ramadhan..

p/s: Huii..makanan wajib hari raya..

Tuesday, August 9, 2011

Cara dulu ngan sekarang..mana lagi best..?

Assalamualaikum dan salam 9 Ramadhan..

Hui...apa kabor semua..? Masih lagi kita di dalam bulan posa..
Dah 9 Ramadhan dah pun..x lama lagi dah nak raya..
Sekejap je lagi kan..tinggal 20 hari je lagi..
Emm..mesti ada antara korang yang dah mula pasang lampu lip lap 
rambu2 kat keliling rumah kan..
Sampai terang benderang rumah jiran sebelah tu ha..
Kan3x..
Kalau dulu orang pakai pelita raya je..pasang keliling rumah..
 Pastu kena jalan nyalakan satu2..
 Tapi sekarang xde dah..jarang la nampak 
orang pasang pelita raya dah..
Kat kampung pun orang lebih senang pakai lampu lip lap tu..
X susah nak kena isi minyak tanah dlm pelita tiap2 malam sebelum pasang kan.
Tapi, mana lagi BEST dulu ngan sekarang..?
Selain tu, waktu sekarang niyh, korang pakai lagi x kad raya..?
Kalau dulu time Cik Ice sekolah lagi..tiap kali posa mesti masing2 beli kad raya 
2,3 paket, pakat2 tulis pastu main tukar2..
Semangat gilerr time tu..
Tapi sekarang..semua pun dah senang..x payah nak susah2
beli, tulis, post..
Sekarang masuk topup, taip, send jer..
3 cara mudah korang menghantar ucapan..
Tapi tu la kan..cara dulu ngan sekarang mane lagi best?


p/s: Cik Ice suka cara dulu..walaupun susah tp nampak semangat dan aura 
nak beraya tu..pasang pelita pastu pakat ramai2 main bunga api..best tu..!!
Tulis kad raya walaupun tulisan buruk ker, susah nak hantar ke, tapi
kita lebih nampak keikhlasan nye kan..sekarang kalau taip msg ucapan pun
main copy paste je..ntah2 msg kita hantar kat orang dapat 
kat kita balik kan..ha.. kalau nak senang sangat macam tu la jadinya..
OK..Salam ^_^


~~DULU~~



~~SEKARANG~~

                                    Gambar ihsan google

Friday, August 5, 2011

1st time setelah 4 hari berpuasa..

Assalamualaikum dan salam 5 Ramadhan..


Setelah 4 hari berpuasa..(semalam) baru Cik Ice berkesempatan
ke bazaar Ramadhan..
Padahal bazaar ramadhan tu depan pintu jer..
Depan pintu..??
Pintu opis Cik Ice la..
Opss sejak bila jadi opis Cik Ice kan..
*Atas sebab ada sifat perasan maka terkeluarla ayat "opis Cik Ice" 
secara x sengaja..
Bazaar ni dekat Desa Pandan..
Betul2 depan opis tempat Cik Ice tengah jalani latihan praktikal..


 Pic 1: Fokus kat banner

 Pic 2: Ramai orang dan besar sangat bazaar niyh..

Pic 3: Fokus pada 1 gerai..


Dah pergi bazaar, korang taw la..macam2 ada..
Dengan bau makanannye..perghhh
Perut pun sudah mula melantunkan pelbagai jenis musik..
Dengan itu, maka NAFSU pun mula menaikkan diri menjadi juara carta..
Tapiiii....
Alhamdulillah Cik Ice dapat menahan rasa itu..
dan Cik Ice just beli ini..

 Pic 4: Makanan favourite Cik Ice..
*takkan x taw kot makanan apakah itu?


Haha..gambar copy paste je tu..semalam lupa nak ambik gambar
dulu sebelum makan..da habis melantak baru teringat..
Nak buat apa dah kan..
Ok..tu je..salam





 

Thursday, August 4, 2011

Dulu, kini dan selamanya..

Assalamualaikum dan salam 4 Ramadhan..

Hari niyh Cik Ice nak berbicara tentang...
*Saje biar tergantung nak suruh korang teka..
Dapat teka x..?
Dah la x payah teka..x payah nak buat muka seposen depan Cik Ice..
Dah la seposen..berkarat pulak tu..hodohh beno..
Cik Ice nak cakap pasal...LAGU
Ha..apa ade dengan lagu..?
Cehh..x payah tanya..korang ni semua mesti
hobi wajib ialah dengar lagu kan..?
Mana2 korang pergi x sah kalau x sumbat telinga ngan earphone..
Dah la earphone lebey BESAR drpd kepala..
Ish3..trend la katakan..
Apa yang Cik Ice nak kaitkan dengan tajuk n3 kali ni ye..? Hmm..
Well3x..citt..berONGPUTIH lak..
Ok..kalau korang perasan la kan..
lagu sekarang jauh berbeza ngan lagu dulu2..lagu 60-an, 90-an..
Apa yang berbezanya..dulu lagu, sekarang pown lagu jugak kan..
Tapi yang lainnya, lagu dulu sampai sekarang pown orang still dengar lagi..
Betul x..?
Cuba bayangkan kalau korang..tengah jiwa kacau ke, 
hati tengah sasau ke..mesti  cari lagu 90-an yg jiwang2 tu kan..
cam lagu Awie, Ukiss..opss..Ukays, Aris Ariwatan..memane je la kan..
Tipu la kalau tengah dalam hati korang ada taman, korang dengar lagu Maher Zain..
*Toksah nak menipu la ngan Cik Ice..
Lopeh tu..*Terkeluar bahasa nogori la pulak..ni mesti gara-gara abg Apek Poyo..
Opss..tercakap..kang nnt dia cari Cik Ice lak..Sorry ye abg Apek Poyo..
*Wat muka seposen yang berkarat dan berlumut..ngee~~
Lagu2 60-an pown selalu je diputarkan kat radio..terutama radio klasik, sinar la kan..
Ha..yg ni mesti korang pown akan setuju ngan Cik Ice..
Lagu RAYA..korang prefer lagu dulu ke sekarang..??
Of Course la lagu dedulu punya kan..lagi menaikkan semangat nak beraya,
lagi meriah, lagi menusuk hati, lagi sentimental..dan bermacam lg la..
Lagu sekarang..??
Lagu sekarang terlalu banyak la..
Hari niyh, esok, lusa..tiap2 hari pown ada lagu baru..
Bila dah terlalu banyak lagu..maka dengar pown sekejap je la kan..
Jadinya x dapat nak melekat dulu dalam kepala otak dah sibuk menghafal lagu baru..
Konklusinya lagu dulu2 susah untuk kita lupakan dan tidak akan expired la katakan..
Lagu sekarang..mungkin ada sesetengah yang akan sentiasa menjadi ikutan 
sepanjang zaman..dan mungkin jugak..
bila didengar balik di masa akan datang
akan terkeluar la dialog lebey kurang cmni..
"Macam pernah dengar la..tapi di mana ya..lagu siapa..lagu tahun bila..?"
Ha..kan3x..
Ok tu jer..nak pergi sedut oksigen kat hutan jap..dah semput dah niyh..
Nak minum air x boley..posa..ok bye!

p/s: Ye ker statement niyh..?? *Mode: Thinking*

p/s: Yang niyh Cik Ice "LIKE"


 

 

Cik Ice's Forest Copyright © 2011