Assalamulaikum.
Ok. Nak masuk tahun baru ni, perkara yang takkan dilupa ialah azam. Setiap kali tahun baru, azam pun baru. Tak gitu? Tak juga. Ikut orang la kan. Ada yang berazam nak sesuatu tahun ni, bila tak dapat, sambung azam tu ke tahun depan. Ada yang tak dapat penuhi azam tahun ni, tahun depan buat azam baru lagi. Ikut suka lah ye. Cik Ice punya azam, tarikh luputnya bila Cik Ice berjaya mencapainya. Ikut masing2 punya cara. Lain orang lain caranya.
Ada lagi satu perkara yang takkan dilupa oleh sesetengah orang iaitu buku diari. Dah masuk tahun baru, mestilah kena tukar diari baru kan. Takkan nak pakai yang lama, sebab diari memang terhad untuk satu2 tahun je. Walaupun dah ada cara lain untuk mencatat perkara2 yang berlaku setiap hari, tapi menulis diari tetap menjadi hobi dan cara hidup sesetengah orang. Melalui diari lah,diluahkan rasa, diceritakan pelbagai peristiwa, semua ni untuk..err Cik Ice tak tahulah untuk apa. Sebab Cik Ice bukannya orang yang suka menulis diari. Bukan kata nak suka, memang tak pernah pun. Pernah nak cuba menulis, yelah terpengaruh dengan kawan2 kan, last2 jadi buku resepi. Dah lepas mana dah diari tu sekarang. *Berfikir sejenak*
Pape pun, tahun baru ni bakal membawa 1001 kisah baru lagi pada setiap orang. Namun jangan risau, Dia tetap bersama kita. Cuma kita je yang kadang2 melupakan Dia. Ok. Wasalam.
p/s: Jangan lupa pula tarikh dalam tahun Islam ye..*senyum*
0 orang yg mengarut:
Post a Comment