Thursday, November 3, 2011

Akhirnya..

Assalamualaikum.

Wohoi..korang semua..! 
Di hari ketiga dalam bulan November apa yang korang buat??
Kerja?
Shopping?
Buat kuih raya? Kan dah nak raya niyh..

Hmm..tak payah layan semua soalan yang kurang harga tu. Tengok pada tajuk entry.
Dah macam tajuk novel kan. Ada kisah sebenarnya di sebalik tajuk tuh. 
Tapi bukan kisah cinta..kisahnya pasal dah berkurun Cik Ice tunggu giliran nak menjalani 
ujian undang2..dan akhirnya semalam bertarikh 2/11/2011 Cik Ice selamat mendudukinya.
Mak aihh..jenuh dah study (konon2) Alhamdulillah lulus sekali ambik jer. 
Nak tahu Cik Ice dapat berape? Huh..tak payah cerita lah ye..nanti riak pula jadinya. Yang penting dah lulus. Lepas niyh kena masuk bengkel pulak. Lepas lebih kurang 10 hari baru dapat lesen L.

Okay dah habis kisah bertajuk sekarang Cik Ice nak bagitahu kisah yang tak bertajuk pulak.. Semalam Cik Ice ada pergi ke Bukit Malawati. Tak pernah pergi, bapa saudara
Cik Ice pun bawak la ke sana kejap. Kat situ ada la tempat untuk orang meneropong anak bulan.



Gambar tu menunjukkan pandangannya. Serius cantik gilerr. Tapi gambar tu bukan Cik Ice punya. Itu dari google je. Cik Ice tak tangkap pun gambarnya. Tak teringat nak tangkap la pulak. Sebab ingat nak datang lagi sekali. Atoii..rugi pulak rasa.

Dah datang ke sini, jangan lupa lak nak beramah mesra dengan penduduk tetap sini..

Ni la penduduk tetapnya..rambut punk tu..
 betul ikut budaya barat..

Masa Cik Ice datang sini, Cik Ice nampak seorang lelaki yang menjual roti sambil membawa berikat-ikat kacang panjang sebagai makanan diorang niyh. Sesape nak cuba bagi makan
boley la mintak kat pakcik penjual roti tu kacang panjang, yang penting semangat mesti kuat..jangan takut ye diorang niyh baik..hehe Tapi kena jugak la jaga barang2 macam beg, kamera, handset takut dirampasnya.


Ha tu..ada orang tengah bagi makan..
 Cik Ice tak berani, Cik Ice lari..huhu

Ada tempat lain lagi Cik Ice pergi. Tapi lain kali Cik Ice ceritakan. Sekian Wassalam.

6 orang yg mengarut:

khairul said... [Reply to comment]

bes nya panjat bukit tu ..hari ab kerja half day yeayyy

zareliqa afiqa said... [Reply to comment]

huhu~ sy pun takut ngan menatang tuh.takut tiba2 dia panjat kita.waaaaa! larikk~ :D

naga said... [Reply to comment]

Kita dah pernah kena kejar minatang nama kera tu masa kecik2, sampai sekarang takut.

fadh leyanie said... [Reply to comment]

diorang tu mmg suka merampas barang,,:)

cantekk said... [Reply to comment]

dah dpt ke L nye tu? =D
eksaitedkan,,,,
nti da dpt P, asik nk belek2 je..haha

A retarded kitty said... [Reply to comment]

comelnya kera tu!

kekke

 

Cik Ice's Forest Copyright © 2011