Saturday, November 26, 2011

Mereka patut di tegur..!

Assalamualaikum.

Ya Allah..dah lama rasanya tak masuk dan update blog niyh..huh
Korang semua apa khabar?
Apa agaknya cerita korang ye..?

Cik Ice nak kongsikan satu perkara yang baru Cik Ice baca..
Ni adalah berkaitan dengan orang bukan Islam..

Korang pernah dengar tak orang bukan islam yang menyebut, Ya Allah, Astaghfirullah,
masya-Allah dan Allahuakbar..?
Cik Ice pernah masa tu, pergi ke kedai runcit nak beli barang..
Tauke kedai tu cina..ada la 2,3 orang makcik niyh mengusik-usik tauke tu..
Cik Ice tak ingat dah diorang usik apa sampai cina tu sebut Astaghfirullah al-azim..
Terkejut Cik Ice dengar, tapi bukan terkejut sebab cina tu pandai sebut..terkejut
sebab makcik tu boleh pulak memuji-muji si tauke cina tu pandai betul menyebutnya
dengan lancar..Dah dipuji..lagi seronok la si tauke tu menyebutnya..

Kali kedua Cik Ice dengar seorang makcik berbangsa India yang menyebut masya-Allah..
Dulu Cik Ice tak tahu apa..bila dengar tu, dengar je la..tak buat pape pun..
tapi hari niyh masa tengah mengemas tempat letak barang-barang dapur, terbaca la
surat khabar Harian Metro yang jadi pelapik..Surat khabar lama tu..baru terbaca dan
teringat balik pasal orang bukan islam yang menyebut perkataan khas untuk Muslim macam
yang Cik Ice sebutkan tadi..

"Masyarakat Islam bertanggungjawab menegur/membetulkan salah faham
mengenai Islam. Umat Islam wajar menegur apabila ajaran Islam termasuk ucapan dan istilah agama disalahertikan/dipermain-mainkan. Terdapat Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 di beberapa negeri yang melarang orang bukan islam menggunakan secara bertulis/lisan 25 perkataan yang dilarang. Antara perkataan itu adalah Allah, firman Allah, nabi, mubaligh, syariat, wahyu, mufti, kaabah, hadis, rasul, iman, ibadah, fatwa,haji, kiblat, Ilahi, Injil, ulama, khalifah, wali, Syeikh, iman dan dakwah.

Selain itu, bukan Islam juga dilarang menggunakan 10 perbahasan seperti subhanallah, insya-Allah,astaghfirullah, masya-Allah dan Allahuakbar samada berbentuk lisan/penulisan. Tujuannya bagi mengelakkan kekeliruan dan penyalahgunaan istilah seperti penggunaannya bertujuan menyebarkan fahaman agama bukan islam kepada umat Islam terutama masyarakat Melayu beragama Islam.
"
                                                                      Sumber: Harian Metro,15/10/10

Kesimpulannya, jika kita terdengar masyarakat bukan Islam yang menyebut perkataan/istilah agama Islam, maka kita mestilah menegur dan menasihati secara baik. Semoga mereka mendapat hidayah untuk memeluk Islam.


1 orang yg mengarut:

khairul said... [Reply to comment]

tu la kan ramai org x tau pasal hal ni

 

Cik Ice's Forest Copyright © 2011