Friday, December 9, 2011

It's Unbearable!!!


Assalamualaikum.

Amboi hai..baru hari ni nak menapak balik ke sini. Dah bersemak samun, berdaun lalang semua, ular pun dah mula membuat tempat penginapan. Tapi takpe. Ni kan memang hutan. Jadi semua binatang2 dan yang sewaktu dengannya dipersilakan datang.  Ngee~~ ayat melalut dah keluar.


Argh…!!! Rasa nak menjerit tapi dalam hati je la. Jerit kat luar karang melanggar hak ketenteraman awam pulak selain bakal dicop sebagai orang gila. Hmm..terasa nak bagitahu betapa bosannya  Cik Ice kat rumah. Bosan tahap harimau gigit kuku niyh. Bangun pagi buat tahi gigi, malam buat tahi mata. 


Dah lebih 2 bulan Cik Ice duduk saja rumah sedara niyh. Tak kerja pun, walau dulu rancang nak kerja bila cuti, nak buat part time cari duit untuk belanja sendiri, nampak gayanya semua memang takkan jadi. Nak pula nenek sebelah ayah Cik Ice datang duduk rumah sedara ni jugak. Dia sakit, maka secara tak lansung  Cik Ice la yang tolong tengokkan nenek disambil menjaga ubatnya bila dorang keluar bekerja. 


Lesen. Hmm..lesen L dah lama dapat. Tapi kelas memandu tak masuk2 lagi. Pakcik kata minggu depan start. Ok. Angguk je. Cakap banyak karang tak pasal kena membebel sebab  menjawab. Lagipun untuk kebaikan jugak. Biar lambat asalkan selamat. Biar lambat bila test sekali je dah lulus. *Hope so*


Tapi…minggu lepas, Jumaat dapat keluar.  Tu pun pergi rumah sewa dulu je sebab nak pergi kolej nak isi borang berhenti. Dah alang-alang keluar, pergi la jalan sekejap . Jalan ke?  Jalan la kot pergi MPH, TS ngan Low Yat. Al-kisah pergi tempat2 ni semua nak cari barang yang dapat menghilangkan bosan bila balik ke rumah sedara semula. 


MPH. Mula nak pergi ngan kawan. Tapi tak jadi. Pergi la sendiri. MPH kat dalam JJ Taman Maluri je. Masuk2 terus ke bahagian komik. Hajat hati nak beli komik. Bila difikirkan balik, komik nak borong berapa banyak? Dah baca sekejap je. Tak boleh jadi ni. Cari novel je la. Konon nak beli 2 je. Last2 beli sampai 3. Semua novel Hlovate. Memang best! *Thumbs Up*


TS merangkap Times Square kat Hang Tuah. Jalan2 teman kawan je. Tengok barang hanya mampu gigit jari. No money no shopping! Huh.. Pastu terus ke Low Yat. Kat sini benda yang dicari ialah mouse dan DVD-R. Mouse yang ada dah rosak. Main game punya pasal. Nak pulak game tembak2. Tekan mouse sampai tak hingat dunia. HAHA. Dan DVD-R mesti la untuk burn cerita yang di download.  Psst..semua cerita tu tak tengok2 lagi pun.. *Wink* 


Ok..that’s the end of the story.

p/s:  Menaip dengan sisa2 bosan. 



2 orang yg mengarut:

 

Cik Ice's Forest Copyright © 2011