Tuesday, June 26, 2012

Final dah datang!!!

Assalamualaikum.

Hye semua yang sudi menjejaki blog hijau penuh semak samun niyh..semoga anda sihat dan ceria-ceria selalu.. ≧'◡'≦ 
"Ok ayat dah macam dialog dj pepagi kat radio. Nge~~≧◠◡◠≦ "

Dah lama rasa tak menjengah dan bertapa di sini. Alasan?? Old fashion punya excuse yg Cik Ice boley bagi...BUZY.. Buzy sangat ke sampai memulaukan blog?? Owh..tidak!! Cik Ice bukan nak memulaukan blog..cuma blog is not my priority..
HMM ...

Ramai orang yang meletakkan blog sebagai 1st place untuk meluah dan mencurahkan rasa bila ada sesuatu yang mengganggu diri, hati dan perasaan. Ada jugak yang menjadikan blog sebagai tempat untuk berkongsi pelbagai pengalaman dan pengetahuan. Tak kurang jugak yang menjadikan blog sebagai tempat berkarya. Tapi untuk Cik Ice?? Apa tujuan Cik Ice buat blog niyh?? Ok jawapan jujur ---> terpengaruh dengan kawan-kawan..(─‿‿─) brrr...
Sudahnya..macam ni lah jadi..datang dan pergi sesuka hati tanpa meninggalkan entry untuk  santapan tetamu yang berkunjung ke sini. Tapi...ye ke yang datang menyinggah tu rajin sangat nak membaca??? Haha. Suka hati korang lah. Yang nak baca, baca lah. Boleh menambahkan tahap pengetahuan dalam merapu meraban. Yang tak nak baca..sila menaip komen di ruangan di sediakan. Kalau yang tak nak membaca dan menaip tu, sila shutdown pc anda sekarang!
WAHAHA...

 OK..stop! Tak nak taip banyak2. Cik Ice nak pergi study. Jumaat niyh dah start 1st paper final. Wish me good luck! Bye!


WITH LOVE : CIK ICE
 



 

Cik Ice's Forest Copyright © 2011