Tuesday, December 27, 2011

Fuhh..nasib baik ada!

Assalamulaikum.

Fuhh! *Sapu dahi dengan belakang tangan* Lega rasa tengok header ada balik. Cik Ice ni dah la jarang2 masuk blog. Asal masuk je, header hilang, asal datang menjengah header takde. Nak kata chipsmore kejap ada kejap takde bukan biskut pun. Header ni main nyorok2 ke? Nak kena panggil dengan bau maggi macam iklan tv3 tu ke baru nak ada? Ke nak kena tukar header baru? Eh..nak tukar header baru yang konon2 sempena tahun baru? Hmm..sayang la pula dengan header ni. Jadi, Cik Ice pun checking2 la tengok apa masalah nya. 

Check punya check, rupanya site tempat Cik Ice upload header ni ada problem. *sigh*
Sabar je la. Nak pula minggu lepas baru format laptop. Adoii. Ingatkan takde dah backup, nasib baik, korek2, gali2 laptop ni jumpa la balik header tu. Apa lagi, terus tampal pakai gam bapak gajah supaya dia tak lari kemana-mana dah. Hahaha *Gelak jahat*

Ok. sekadar nak mengomong kosong. Wasalam.


Mood: Suka suki nak menaip.


2 orang yg mengarut:

Anonymous said... [Reply to comment]

ala..kita takde pon header =D

shedameor said... [Reply to comment]

header comel and simple. jangan tukar. hehe

 

Cik Ice's Forest Copyright © 2011